Inisiatif
Food Security on Campus
PENGENALAN
Satu inisiatif strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang digerakkan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi memperkukuh agenda keterjaminan makanan, kelestarian kampus serta pembangunan pelajar secara holistik. Inisiatif ini menjadikan kampus sebagai ekosistem pembelajaran berasaskan amali dengan memanfaatkan ruang di kolej-kolej kediaman sebagai tapak pengeluaran makanan, latihan kemahiran serta pembangunan keusahawanan pelajar.
Pelaksanaan FSOC dilaksanakan secara bersepadu melalui kerjasama erat antara kolej-kolej kediaman, fakulti, Pusat Pertanian Putra serta rakan strategik universiti. Inisiatif ini merangkumi pelbagai projek tanaman, ternakan dan akuakultur berskala kecil yang dilaksanakan secara lestari, sistematik dan berdaya maju.
Skop Pelaksanaan
Food Security on Campus telah dilaksanakan melalui lebih 16 projek utama yang merangkumi:
- Projek tanaman menggunakan sistem fertigasi, hidroponik dan pendekatan pertanian bandar
- Projek ternakan dan akuakultur berskala kolej
- Penglibatan pelajar, staf dan pakar secara berstruktur
- Kolaborasi strategik antara kolej kediaman, fakulti dan agensi berkaitan
PROJEK
Projek Tanaman
Projek tanaman merupakan komponen utama FSOC yang melibatkan penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman herba menggunakan pendekatan pertanian moden dan lestari di kolej-kolej kediaman.
Antara projek yang telah dilaksanakan termasuk: • Putra Canselor Fertigrow di Kolej Canselor (penanaman cili secara fertigasi) • Fertivege@KTDI Fasa 2 di Kolej Tun Dr. Ismail (penanaman cili dan sayuran daun) • Projek Tanaman Buah Naga di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang dilaksanakan secara berfasa • Za’ba Vertirain Project dan Za’ba Harvest: Crown & Pearl di Kolej Pendeta Za’ba • AGRO@10 dan VEGETEN di Kolej Sepuluh melibatkan penanaman jagung dan kunyit • Projek Tanaman Cili Padi di Kolej Dua Belas dan Kolej Tan Sri Aishah Ghani • Projek sayuran hidroponik serta fertigasi terung di Kolej Empat Belas
Kesemua projek tanaman ini membuktikan bahawa pengeluaran makanan boleh dilaksanakan secara efektif walaupun dalam kawasan yang terhad, di samping berfungsi sebagai tapak pembelajaran praktikal kepada pelajar.
Projek Ternakan dan Akuakultur
Thousands of faculty, staff, and students have contributed to this blueprint, and we will continue to rely on their intellect and ideas moving forward. Our success is rooted in the strength and creativity of our community.
We recognize the uncertainties of today’s financial climate and are responding decisively through established budget procedures and efficient fiscal management. The Look to Michigan vision transcends today. It is a daring, future-focused initiative designed to deliver lasting value to society—both now and for generations to come.
To achieve our Look to Michigan vision, we will continue our longstanding partnerships with federal and state governments, as well as our donors, and wisely use the resources they provide to make our world safer, healthier, and more equitable. We will also identify internal strategic investment funds, including returns on our endowment, investment dividends, and financial reserves. Our $1 billion commitment, launched in 2024, will be sustained through a renewable yearly investment of $100 million.
We will earn and maintain the public’s faith in our service by measuring results through transparent, rigorous performance metrics that demonstrate the return on this investment.
We are inspired by the words of James B. Angell, who led Michigan for 38 years as president: “It is of vital consequence that this University, or any one which deserves the public favor, should be constantly improving in some respect. If … not … it does not deserve to be favored or helped…” Our nation is in need, and Michigan answers. Now is the time to look to Michigan for leadership, vision, and trust.
Authored by Domenico Grasso, PhD, President
PENGLIBATAN
Penglibatan Pelajar dan Pembelajaran Berasaskan Amali
Food Security on Campus menekankan pendekatan pembelajaran holistik melalui penglibatan aktif pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan projek sebenar. Pelajar terlibat secara langsung dalam pengurusan operasi, penjagaan tanaman dan ternakan, aktiviti penuaian serta pengagihan hasil, sekali gus membangunkan kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.
Keusahawanan dan Pembangunan Kemahiran
Inisiatif FSOC turut menyokong pembangunan keusahawanan pelajar melalui pendedahan kepada pengurusan kos dan hasil projek, potensi penjanaan pendapatan daripada aktiviti pertanian serta penyertaan dalam bengkel, latihan dan pensijilan profesional berkaitan pertanian. Pendekatan ini menyediakan laluan ke arah pembentukan agropreneur muda universiti.
Kerjasama Strategik
Pelaksanaan FSOC diperkukuh melalui kerjasama strategik yang melibatkan kolej-kolej kediaman UPM, fakulti dan pusat kepakaran universiti, Pusat Pertanian Putra serta agensi kerajaan dan rakan industri. Kerjasama ini memastikan pemindahan ilmu, kepakaran dan teknologi dapat dimanfaatkan secara berkesan dan berterusan.
IMPAK DAN HALA TUJU
Impak dan hala tuju
Secara keseluruhannya, Food Security on Campus telah memberi impak yang signifikan terhadap peningkatan kesedaran keterjaminan makanan dalam komuniti kampus, penghasilan sumber makanan alternatif yang lestari serta pembangunan kemahiran teknikal, insaniah dan keusahawanan pelajar.
Pada masa hadapan, FSOC akan terus diperkasakan melalui peluasan skop projek, penerapan teknologi pertanian pintar serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik bagi memastikan kelangsungan agenda keterjaminan makanan Universiti Putra Malaysia.